cara untuk menjaga keselamatan semasa di luar rumah
Apa yang paling penting dalam menjaga keselamatan diri ini? Anda mesti tertanya-tanya kerana keselamatan amat penting untuk dijaga. Yang paling utama ialah anda mesti mengelakkan daripada berseorangan. Hal ini selalu di uar- uarkan tetapi masih ramai yang tidak menghiraukan pesanan ini. Akibatnya, tanggunglah sendiri. Hal ini demikian kerana penjenayah amat gemarkan tempat yang sunyi dan gelap dan biasanya orang yang berjalan berseorangan akan menjadi mangsa. Jadi, elakkanlah daripada berjalan bersendirian terutama lewat malam. Dengarlah pesanan ini sebelum terlambat!
Untuk lebih berhati-hati, anda hendaklah sentiasa perhatikan sekeliling anda. Anda perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling untuk memastikan tiada orang yang mengikuti anda untuk melakukan jenayah. Kadang-kadang kita terlalu leka sehinggakan diragut sekelip mata sahaja. Jika anda perasaan akan kehadiran orang yang mencurigakan, maka segeralah beredar dari situ.
Kita lihat pula punca-punca kemalangan yang perlu kita elakkan untuk menjaga keselamatan diri sendiri dan orang tersayang.
Antara puncanya ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika memandu di jalan raya. Pemandu juga banyak yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk. Oleh itu, mereka tidak dapat mengawal keadaan dengan cekap yang akan menyebabkan berlaku hal-hal yang tidak dijangka seperti kereta terbabas atau terlanggar kereta lain yang tidak berdosa sama sekali.
Tidak suka menjaga kenderaan merupakan salah satu sebab kemalangan boleh berlaku. Kita dapat lihat tayar kurang bunga juga masih banyak pemandu gunakan di jalan raya. Sedarlah bahawa tayar tersebut amat bahaya digunakan terutamanya keadaan jalan yang licin. Walaupun harga tayar mahal di pasaran tetapi ingatlah keselamatan lagi penting daripada segala-galanya.

Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang kurang baik. Jalan raya menjadi bahaya ketika waktu hujan kerana air hujan menyebabkan jalan raya menjadi lebih licin di mana menyebabkan kesukaran mengawal kenderaan. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang bengkang-bengkok yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan. Banyak kita lihat sekarang kemalangan ngeri berlaku.
Maka, pihak tertentu perlu memperbaiki keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya. Golongan muda juga digesa supaya berhati-hati kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju.Tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik. Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun.
Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi. Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga.

Untuk pengetahuan anda,
• Jalan raya merupakan alat perhubungan terpenting
• Kelancaran sektor-sektor lain untuk menjalankan urus niaga bergantung pada kemudahan rangkaian jalan raya di negara ini.
• Kewujudan jalan raya yang moden dan selesa telah menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya yang terburu-buru dan mementingkan diri sendiri.
Jika anda mengabaikan punca berlakunya kemalangan jalan raya, maka anda sendiri yang akan terima padahnya. Jom kita lihat apakah kesan-kesannya,
1. Kematian dan kehilangan nyawa. Negara kerugian tenaga kerja penting sekiranya mereka yang terlibat itu mempunyai ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh negara. Keluarga akan kehilangan ahli keluarga yang tersayang yang mungkin ketua keluarga mereka.
2. Kecacatan anggota. Mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya akan mengalami kecacatan sementara atau kekal. Pastinya menyukarkan diri dan ahli keluarga. Mereka akan kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Masa depan keluarga dan diri menjadi tidak menentu.
3. Kemalangan akan merosakkan harta benda dan harta kerajaan. Kemalangan akan menyebabkan kenderaan terbabit rosak dan perlu dibaiki, Keadaan jalan raya juga turut rosak dan menyusahkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.
4. Keluarga turut menanggung beban menjaga dan mengurus hal-hal tuntutan insurans dan berbincang dengan pihak yang terlibat. Ibu bapa terpaksa menanggung kos rawatan anak dan pembayaran ganti rugi.
5. Imej negara terjejas. Nama baik negara turut buruk kerana kadar kemalangan jalan raya yang tinggi mencerminkan sikap rakyat yang tidak berhemah dan tidak bertamadun di jalan raya.
6. Kerajaan mengeluarkan kos. Kerajaan juga terpaksa berbelanja lebih untuk mengurus dan menyelenggara sistem jalan raya. Kempen secara besar-besaran terpaksa diadakan untuk mengingatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati di jalan raya.
Langkah yang mesti kita tahu dalam mengatasi kemalangan jalan raya termasuklah :
1. Jabatan Kerja Raya wajar mengenal pasti keadaan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan. Kemudahan jalan raya diperbanyak seperti jejantas, lampu isyarat, melebar jalan raya dan memasang lampu di tempat-tempat yang perlu.
2. Kurikulum sekolah-sekolah memandu perlu dipertingkat dan dipantau ketat oleh kerajaan, terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ). Kecekapan memandu wajar diuji dengan sebaik-baiknya agar pengguna kenderaan dapat mengawal kenderaan dengan baik.
3. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat oleh pihak polis dan JPJ. Rondaan dan sekatan jalan raya serta pemantauan yang kerap patut dijalankan setiap hari agar pengguna jalan raya dapat mendisiplinkan diri. Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) patut diperluas agar dapat mengesan pemandu yang melebihi had laju.
4. Anjakan pemikiran pengguna jalan raya itu sendiri. Pengguna jalan raya perlu sedar akan keselamatan mereka ketika berada di jalan raya. Mereka perlu berhati-hati sekiranya ingin sampai ke destinasi dengan selamat. Jika semua pengguna jalan raya mempunyai sikap dan pemikiran yang sama, kemalangan jalan raya pasti dihindari.
5. Kerajaan wajar mengetatkan hukuman terhadap pesalah jalan raya. Kadar denda yang sewajarnya diharapkan dapat menginsafkan pengguna jalan raya. Hukuman lesen digantung dan penjara untuk kesalahan kemalangan maut wajar dilaksanakan. Hukuman sebatan pula wajar dilaksanakan.
6. Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kerajaan sendiri perlu memperbanyak kempen keselamatan jalan raya yang boleh dilaksanakan menerusi pelbagai media yang ada di negara ini.
No comments:
Post a Comment