/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Wednesday, September 23, 2015

Membacalah

Banyak kelebihan membaca tidak kiralah yang telah anda sedari atau tidak.

Info : Membaca dapat melatih diri sendiri untuk menjadi seorang yang berdisiplin .

Percaya atau tidak? Itulah realitinya. Inginkan bukti…  Hal ini demikian kerana kita akan memilih masa-masa tertentu untuk membaca. Masa-masa tersebut akan menjadikan tabiat dalam diri. Secara langsungnya, tahap disiplin kita meningkat. Anda akan berasa gelisah jika tidak boleh meluangkan masa untuk membaca dalam masa sehari. Itulah yang dikatakan disiplin yang wujud jika anda sentiasa membaca.

Justeru itu, memori akan terus meningkat jika kita senantiasa membaca.

Tahukah anda jika anda tidak menggunakan memori dalam jangka masa lama maka memori akan menjadi lemah. Itulah itu. Sebagai contoh, pelajar lepasan SPM akan menjadi janggal (memori longgar, mudah lupa dan tidak masuk apa-apa yang dipelajari ) untuk memulakan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi kerana rata-rata pelajar tidak menggunakan memori selama 6 bulan. Hal ini mungkin boleh dicegah jika mereka membaca untuk menguatkan memori mereka.

Kadang-kadang, membaca juga boleh mengurangkan stress.

Kan?...  kenyataan ini boleh disokong apabila anda ditimpa masalah yang membebankan hidup anda, cubalah cari buku-buku untuk dibaca. Anda mula membaca buku kemudian anda baca dan baca lagi, jadi masalah yang menimpa anda tadi akan anda lupakan sedikit demi sedikit. Bacalah sesuatu  yang menghiburkan untuk mengeluarkan diri anda daripada segala tekanan. Komik merupakan salah satunya seperti Lawak Kampus, Shin Chan dan Doraemon. Tapi janganlah terlalu ketagihnya. Bacalah setakat ingin meredakan diri anda daripada stress yang sentiasa melanda.

Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Itulah satu-satunya yang anda semua tahu. Tetapi ia sememangnya benar dan tepat sekali. Ilmu yang dimaksudkan bukan sahaja ilmu yang dipelajari di sekolah tetapi juga ilmu yang melibatkan persekitaran kita. Sumber yang boleh anda baca termasuklah surat khabar, internet dan majalah. Ilmu tentang tentang teknologi terkini juga perlu dititikberatkan. Hal ini sangat penting untuk kita sentiasa senang berhubung dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung di dunia moden kini. Maklumat hanyalah di hujung jari, jadi membaca akan menambah pelbagai jenis ilmu. Banyak membaca, banyaklah ilmu yang akan diperoleh. Kita akan menjadi bangsa yang beruntung jika membaca. Seperti dalam surah pertama yang diturunkan di muka bumi ini yang jelas menggesa kita semua membaca.



Jelas dan ketara sekali membaca adalah perbuatan yang dituntut dan penting untuk kita semua amalkan. Jom, sama-sama kita membaca. Membaca merupakan jambatan ilmu. Carilah bahan yang sesuai untuk dibaca YE...

Dapat meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda?

Ya,betul tu. Ini memerlukan jangka masa yang panjang untuk mendapatkannya. Tapi, ia memang berbaloi kerana skil ini jarang ada pada individu lain. Keseronokan membaca akan dapat dirasai jika sudah menemui skil tersebut. Jadi, rajin-rajinkan diri untuk membaca untuk memperoleh skil unik tersebut. Kerja sekolah juga senang untuk kita siapkan dengan mencari bahan membaca yang sesuai dan menggunakan skil membaca kita. Alangkah seronoknya jika itu berlaku, apa tunggu lagi? Membacalah.

Apa yang penting ialah membaca dapat menghilangkan rasa bosan.


Sama seperti menghilangkan tekanan, membaca juga mampu menghilangkan rasa bosan. Contohnya, apabila kita berada di kampung, kita akan berasa sedikit bosan kerana kurang kemudahan yang selalu kita dapat di bandar. Membaca merupakan penawarnya. Sebab itulah, orang berada di kampung biasanya lebih bijak kerana meluangkan rasa bosan dengan membaca bukannya bermain permainan video. Tetapi sekarang sudah berubah… Kampung juga membangun. Saya berharap budaya membaca tidak pupus begitu sahaja kerana sungguh banyak bahan-bahan menarik di mana sungguh mudah didapati.





No comments:

Post a Comment