/* remove this */

Sunday, September 27, 2015

Jagalah keselamatan anda

Yang pertama,

cara untuk menjaga keselamatan semasa di luar rumah

     Apa yang paling penting dalam menjaga keselamatan diri ini? Anda mesti tertanya-tanya kerana keselamatan amat penting untuk dijaga. Yang paling utama ialah anda mesti mengelakkan daripada berseorangan. Hal ini selalu di uar- uarkan tetapi masih ramai yang tidak menghiraukan pesanan ini. Akibatnya, tanggunglah sendiri. Hal ini demikian kerana penjenayah amat gemarkan tempat yang sunyi dan gelap dan biasanya orang yang berjalan berseorangan akan menjadi mangsa. Jadi, elakkanlah daripada berjalan bersendirian terutama lewat malam. Dengarlah pesanan ini sebelum terlambat!

     Untuk lebih berhati-hati, anda hendaklah sentiasa perhatikan sekeliling anda. Anda perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling untuk memastikan tiada orang yang mengikuti anda untuk melakukan jenayah. Kadang-kadang kita terlalu leka sehinggakan diragut sekelip mata sahaja. Jika anda perasaan akan kehadiran orang yang mencurigakan, maka segeralah beredar dari situ.

Kita lihat pula punca-punca kemalangan yang perlu kita elakkan untuk menjaga keselamatan diri sendiri dan orang tersayang.

     Antara puncanya ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika memandu di jalan raya.  Pemandu juga banyak yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk. Oleh itu, mereka tidak dapat mengawal keadaan dengan cekap yang akan menyebabkan berlaku hal-hal yang tidak dijangka seperti kereta terbabas atau terlanggar kereta lain yang tidak berdosa sama sekali. 

     Tidak suka menjaga kenderaan merupakan salah satu sebab kemalangan boleh berlaku. Kita dapat lihat tayar kurang bunga juga masih banyak pemandu gunakan di jalan raya. Sedarlah bahawa tayar tersebut amat bahaya digunakan terutamanya keadaan jalan yang licin. Walaupun harga tayar mahal di pasaran tetapi ingatlah keselamatan lagi penting daripada segala-galanya.
    Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang kurang baik. Jalan raya menjadi bahaya ketika waktu hujan kerana air hujan menyebabkan jalan raya menjadi lebih licin di mana menyebabkan kesukaran mengawal kenderaan. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang bengkang-bengkok yang  menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan. Banyak kita lihat sekarang kemalangan ngeri berlaku. 

     Maka, pihak tertentu perlu memperbaiki keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya. Golongan muda juga digesa supaya berhati-hati kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju.Tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik. Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun.


Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi. Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga.


Untuk pengetahuan anda, 
• Jalan raya merupakan alat perhubungan terpenting 
• Kelancaran sektor-sektor lain untuk menjalankan urus niaga bergantung pada kemudahan rangkaian jalan raya di negara ini.
• Kewujudan jalan raya yang moden dan selesa telah menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya yang terburu-buru dan mementingkan diri sendiri.

• Kemalangan jalan raya sering melibatkan pengguna kenderaan dan pejalan kaki.

PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA
1. Memandu dalam keadaan mabuk dan khayal. Terdapat sesetengah pemandu yang mengambil ubat yang menyebabkan hilang tumpuan semasa memandu. Hal yang demikian menyebabkan kenderaan yang dipandu tidak dapat dikawal dengan baik, terbabas, ataupun melanggar pengguna jalan raya yang lain.

2. Kecuaian yang berlaku di jalan raya menyebabkan kemalangan. Pemandu sering cuai semasa memandu oleh keletihan atau menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Keadaan kenderaan yang serba kekurangan dan tidak diselenggara secara berkala dapat menyebabkan kemalangan.

3. Kesesakan lalu lintas. Apabila musim perayaan, jumlah kenderaan di jalan raya meningkat. Keadaan jalan raya yang sesak akan meningkatkan kadar kemalangan akibat sikap sesetengah pengguna jalan raya yang tidak mampu bersabar dengan keadaan kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan.

4. Keadaan jalan raya yang membahayakan. Terdapat jalan raya yang berlubang-lubang, tidak berlampu, selekoh tajam, sempit dan jalan raya yang bengkang-bengkok amat menyukarkan pengguna jalan raya.

5. Sikap sesetengah sekolah pemandu yang tidak bertanggungjawab. Tenaga pengajar di sekolah memandu hanya mengajar pelajarnya untuk lulus ujian. Pelajar sekolah memandu tidak diajar kemahiran memandu secara berhemah dan cekap mengikut keadaan semasa. Mereka hanya mementingkan bayaran.

6. Sikap pemandu yang tidak berhemah di jalan raya. Sesetengah pengguna jalan raya sengaja mengubahsuai kenderaan agar kelihatan hebat dan menarik perhatian orang lain. Sikap suka berlumba dan tidak boleh bersabar menyebabkan wujud samseng jalan raya.

7. Memandu laju untuk mengejar masa sering mengakibatkan kemalangan. Pengguna jalan raya begini tidak pandai mengatur perjalanan agar sampai ke destinasi yang dituju dalam masa yang ditetapkan. Mereka sering terburu-buru mengejar masa.

8. Keadaan cuaca yang panas dan lembap. Keadaan hari hujan dan angin kuat menganggu tumpuan dan jarak penglihatan. Keadaan cuaca panas akan menganggu emosi pengguna jalan raya dan penglihatan.

Apakah kesan tidak mematuhi peraturan jalanraya dan mengabaikan punca-punca berlaku kemalangan?

1. Kematian dan kehilangan nyawa. Negara kerugian tenaga kerja penting sekiranya mereka yang terlibat itu mempunyai ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh negara. Keluarga akan kehilangan ahli keluarga yang tersayang yang mungkin ketua keluarga mereka.

2. Kecacatan anggota. Mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya akan mengalami kecacatan sementara atau kekal. Pastinya menyukarkan diri dan ahli keluarga. Mereka akan kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Masa depan keluarga dan diri menjadi tidak menentu.

3. Kemalangan akan merosakkan harta benda dan harta kerajaan. Kemalangan akan menyebabkan kenderaan terbabit rosak dan perlu dibaiki, Keadaan jalan raya juga turut rosak dan menyusahkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

4. Keluarga turut menanggung beban menjaga dan mengurus hal-hal tuntutan insurans dan berbincang dengan pihak yang terlibat. Ibu bapa terpaksa menanggung kos rawatan anak dan pembayaran ganti rugi.

5. Imej negara terjejas. Nama baik negara turut buruk kerana kadar kemalangan jalan raya yang tinggi mencerminkan sikap rakyat yang tidak berhemah dan tidak bertamadun di jalan raya.

6. Kerajaan mengeluarkan kos. Kerajaan juga terpaksa berbelanja lebih untuk mengurus dan menyelenggara sistem jalan raya. Kempen secara besar-besaran terpaksa diadakan untuk mengingatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati di jalan raya.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA

1. Jabatan Kerja Raya menerusi Kementerian Kerja Raya wajar mengenal pasti keadaan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan. Kemudahan jalan raya diperbanyak seperti jejantas, lampu isyarat, melebar jalan raya dan memasang lampu di tempat-tempat yang perlu.

2. Kurikulum sekolah-sekolah memandu perlu dipertingkat dan dipantau ketat oleh kerajaan, terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ). Kecekapan memandu wajar diuji dengan sebaik-baiknya agar pengguna kenderaan dapat mengawal kenderaan dengan baik.

3. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat oleh pihak polis dan JPJ. Rondaan dan sekatan jalan raya serta pemantauan yang kerap patut dijalankan setiap hari agar pengguna jalan raya dapat mendisiplinkan diri. Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) patut diperluas agar dapat mengesan pemandu yang melebihi had laju.

4. Anjakan pemikiran pengguna jalan raya itu sendiri. Pengguna jalan raya perlu sedar akan keselamatan mereka ketika berada di jalan raya. Mereka perlu berhati-hati sekiranya ingin sampai ke destinasi dengan selamat. Jika semua pengguna jalan raya mempunyai sikap dan pemikiran yang sama, kemalangan jalan raya pasti dihindari.

5. Kerajaan wajar mengetatkan hukuman terhadap pesalah jalan raya. Kadar denda yang sewajarnya diharapkan dapat menginsafkan pengguna jalan raya. Hukuman lesen digantung dan penjara untuk kesalahan kemalangan maut wajar dilaksanakan. Hukuman sebatan pula wajar dilaksanakan.

6. Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kerajaan sendiri perlu memperbanyak kempen keselamatan jalan raya yang boleh dilaksanakan menerusi pelbagai media yang ada di negara ini.

Pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk membanteras kes jenayah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Kesimpulannya, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula mata pelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja. 
 


 

Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kenpem kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak 

Thursday, September 24, 2015

Kebaikan dan keburukan penggunaan gadjet

Gadjet :

Semua rakyat Malaysia rata-rata memiliki gadjet yang terkini dan mahal. Tidak  terkecuali juga golongan kanak-kanak dan remaja yang dikatakan GILA GADJET. 

Tidak dinafikan bahawa gadjet banyak memberikan kemudahan kepada kita tetapi ada juga impak negatif. Saya ingin menghuraikan dengan lebih lanjut lagi mengenainya.

    Kita mulakan dengan kebaikan-kebaikan gadjet dalam kehidupan seharian.Pada zaman kini, semua orang memerlukan alat komunikasi yang boleh memudahkannya dalam melakukan aktiviti seharian. Kewujudan alat mempunyai manfaat yang positif yakni sebagai alat komunikasi sehingga jarak yang jauh akan terasa dekat kerana kewujudan handphone dan alat lain yang boleh dijadikan sebagai alat komunikasi. Selain itu juga, boleh memendekkan jarak, kecekapan kerja dan juga hiburan.

Banyak aplikasi-aplikasi yang menyenangkan kerja kita terutamanya yang bergelar pelajar. Maklumat sungguh senang didapati dalam pelbagai laman sesawang. Kita tidak perlu bersusah payah untuk membeli buku atau akhbar kerana segala info terkini telah terdapat dalam internet. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menaip apa-apa yang ingin dicari dan tekan 'search'. Masalah kini amat mudah diselesaikan. Semua ini kelebihan menggunakan gadjet yang menyenangkan hidup kita.

     Penggunaan telefon bimbit ini juga membantu seseorang mendapatkan informasi terkini. Contohnya, masa. Selain itu, telefon bimbit membolehkan muat turun (download) pesanan secara langsung dalam beberapa minit sahaja. Misalnya, Jabatan Pengangkutan Jalan telah mewajibkan semua kenderaan berat untuk melekatkan nombor SMS (no 39900 bagi JPJ Melaka) di belakang kenderaan supaya mereka akan mendapat informasi mengenai pemandu yang berbahaya di jalan raya. Cara ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

     Keburukan gadjet pula termasuklahKeburukan daripada penggunaan alat yang pertama adalah bila kita berlama lama di depan skrin alat, mata kita akan terdedah kepada sinar ultraviolet yang boleh merosakkan mata yang akan menyebabkan kelainan pada organ mata, seperti mata minus iaitu kelainan mata tidak boleh melihat benda jauh, yang akhirnya perlu dibantu dengan kaca mata.

Yang kedua adalah badan kita akan terkena radiasi yang semakin terkumpul dan boleh merosakkan organ tubuh, sama seperti radiasi nuklear. Sinaran dari beberapa alat boleh membuat suatu benda terbakar atau termasuk, kerana itu di stesen minyak dilarang menyalakan gadjet terutamanya telefon, kerana akan menimbulkan radiasi yang akan menyambar petrol dan jadi terbakar. 

Seterusnya adalah para remaja, anak-anak dan orang lain akan mudah membuka laman-laman web lucah yang menyebabkan mereka akan terpengaruh ke dalam persekitaran yang tidak baik yang akhirnya banyak berlaku pergaulan bebas yang dilakukan oleh para remaja, kanak-kanak -anak sekarang ini, dan akan merosakkan moral remaja. Kerana itulah sewajarnya anak-anak tidak patut mempunyai gadjet.



Wednesday, September 23, 2015

Membacalah

Banyak kelebihan membaca tidak kiralah yang telah anda sedari atau tidak.

Info : Membaca dapat melatih diri sendiri untuk menjadi seorang yang berdisiplin .

Percaya atau tidak? Itulah realitinya. Inginkan bukti…  Hal ini demikian kerana kita akan memilih masa-masa tertentu untuk membaca. Masa-masa tersebut akan menjadikan tabiat dalam diri. Secara langsungnya, tahap disiplin kita meningkat. Anda akan berasa gelisah jika tidak boleh meluangkan masa untuk membaca dalam masa sehari. Itulah yang dikatakan disiplin yang wujud jika anda sentiasa membaca.

Justeru itu, memori akan terus meningkat jika kita senantiasa membaca.

Tahukah anda jika anda tidak menggunakan memori dalam jangka masa lama maka memori akan menjadi lemah. Itulah itu. Sebagai contoh, pelajar lepasan SPM akan menjadi janggal (memori longgar, mudah lupa dan tidak masuk apa-apa yang dipelajari ) untuk memulakan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi kerana rata-rata pelajar tidak menggunakan memori selama 6 bulan. Hal ini mungkin boleh dicegah jika mereka membaca untuk menguatkan memori mereka.

Kadang-kadang, membaca juga boleh mengurangkan stress.

Kan?...  kenyataan ini boleh disokong apabila anda ditimpa masalah yang membebankan hidup anda, cubalah cari buku-buku untuk dibaca. Anda mula membaca buku kemudian anda baca dan baca lagi, jadi masalah yang menimpa anda tadi akan anda lupakan sedikit demi sedikit. Bacalah sesuatu  yang menghiburkan untuk mengeluarkan diri anda daripada segala tekanan. Komik merupakan salah satunya seperti Lawak Kampus, Shin Chan dan Doraemon. Tapi janganlah terlalu ketagihnya. Bacalah setakat ingin meredakan diri anda daripada stress yang sentiasa melanda.

Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Itulah satu-satunya yang anda semua tahu. Tetapi ia sememangnya benar dan tepat sekali. Ilmu yang dimaksudkan bukan sahaja ilmu yang dipelajari di sekolah tetapi juga ilmu yang melibatkan persekitaran kita. Sumber yang boleh anda baca termasuklah surat khabar, internet dan majalah. Ilmu tentang tentang teknologi terkini juga perlu dititikberatkan. Hal ini sangat penting untuk kita sentiasa senang berhubung dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung di dunia moden kini. Maklumat hanyalah di hujung jari, jadi membaca akan menambah pelbagai jenis ilmu. Banyak membaca, banyaklah ilmu yang akan diperoleh. Kita akan menjadi bangsa yang beruntung jika membaca. Seperti dalam surah pertama yang diturunkan di muka bumi ini yang jelas menggesa kita semua membaca.



Jelas dan ketara sekali membaca adalah perbuatan yang dituntut dan penting untuk kita semua amalkan. Jom, sama-sama kita membaca. Membaca merupakan jambatan ilmu. Carilah bahan yang sesuai untuk dibaca YE...

Dapat meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda?

Ya,betul tu. Ini memerlukan jangka masa yang panjang untuk mendapatkannya. Tapi, ia memang berbaloi kerana skil ini jarang ada pada individu lain. Keseronokan membaca akan dapat dirasai jika sudah menemui skil tersebut. Jadi, rajin-rajinkan diri untuk membaca untuk memperoleh skil unik tersebut. Kerja sekolah juga senang untuk kita siapkan dengan mencari bahan membaca yang sesuai dan menggunakan skil membaca kita. Alangkah seronoknya jika itu berlaku, apa tunggu lagi? Membacalah.

Apa yang penting ialah membaca dapat menghilangkan rasa bosan.


Sama seperti menghilangkan tekanan, membaca juga mampu menghilangkan rasa bosan. Contohnya, apabila kita berada di kampung, kita akan berasa sedikit bosan kerana kurang kemudahan yang selalu kita dapat di bandar. Membaca merupakan penawarnya. Sebab itulah, orang berada di kampung biasanya lebih bijak kerana meluangkan rasa bosan dengan membaca bukannya bermain permainan video. Tetapi sekarang sudah berubah… Kampung juga membangun. Saya berharap budaya membaca tidak pupus begitu sahaja kerana sungguh banyak bahan-bahan menarik di mana sungguh mudah didapati.





Bahaya Radiasi daripada gadjet

Adakah anda tahu bahaya menggunakan telefon bimbit anda?


Sudah semestinya tidak, kan? Saya pasti tidak sampai 25%  rakyat Malaysia yang mengetahui info ini. Apa-apa yang diketahui hanyalah menggunakan telefon sahaja. Jadi, berhati-hatilah dalam menggunakan sebarang gadjet kerana terdapat kesan-kesan yang tidak diduga. Jadi saya ingin berkongsi maklumat yang saya baru tahu ini kepada anda semua.


Impak negatif penggunzan terlalu kerap telefon atau gadjet yang menyebarkan radiasi: tumor otak,kanser, alzheirmer, parkinson, migrain, stress, insomnia, kemandulan, lemah daya ingatan, nyanyok, dan sakit kepala.

Hal ini berlaku disebabkan radiasi. Bahaya radiasi memberikan impak yang negatif dan sangat perlu untuk dititikberatkan. Telefon selular ini adalah bersifat karsinogenik yang amat bahaya.


     Anda  mesti tahu bahawa penggunaan smartphone seperti blackberry, iphone dan samsung mempunyai kadar radiasi yang lebih tinggi daripada telefon biasa. Fikir-fikirkanlah. Tapi, hal ini bukanlah untuk menghalang anda daripada memiliki telefon pintar kerana penggunaannya sangat perlu pada era kini. Kita akan jauh ketinggalan jika tidak memilikinya tetapi kita hendaklah sentiasa berwaspada dan mengamalkan cara untuk melindungi diri daripada terlalu terdedah kepada radiasi yang meluas.

     Antara cadangan untuk mengurangkan kadar radiasi  termasuklah anda perlu menggunakan telefon ketika berada di ruang yang luas. Kurangkan guna telefon di ruang yang sempit seperti dalam tandas, lift dan kereta kerana badan anda terdedah kepada radiasi dengan kadar yang meluas. Hati-hati ye.

     Jika menggunakan telefon terlalu dekat dalam jangka masa yang lama, maka semakin tinggi kadar terdedahnya radiasi. Aktifkan speaker merupakan satu cara yang boleh mengurangkan kadar terdedahnya radiasi kepada diri anda.

     Anda juga dikehendaki kerap menukar arah telefon daripada telinga kanan dan kiri untuk mengurangkan paparan radiasi sebelah telinga sahaja.  Kajian barat ada menyatakan radiasi ini adalah menjadi punca barah otak. Peringatan ini hendaklah disebarkan agar kita mampu mencegahnya.

     Oleh itu, anda disarankan menghantar sms kerana secara langsungnya ia akan menjarakkan daripada telefon dan akan mengurangkan kadar radiasi.Casing telefon juga memainkan peranan. Anda boleh menggunakan casing anti radiasi untuk melindungi diri anda.


     Radiasi terhadap bayi sangat bahaya kerana antibodi badan mereka masih lagi teralu lemah, jadi jangan sesekali membenarkan bayi atau kanak-kanak bermain telefon atau gadjet-gadjet lain. Hal ini sangat serius, jangan sesekali memandang enteng kerana kesannya sangat serius kepada anda terutamanya bayi.

Setakat itu sahaja yang saya dapat kongsikan. Terima kasih.

Tuesday, September 15, 2015

Kenali piramid makanan

Piramid makanan terdapat lima aras. Diketahuinya dengan lebih mendalam. 




Anda mesti pernah tengok piramid makanan tidak kiralah di sekolah, di premis-premis makanan, di hospital dan di mana-mana tempat sekalipun. Tapi, pernahkah anda terfikir untuk mengamalkannya?

Baguslah jika ya, dan malanglah jika tidak...Kepada yang telah amalkan piramid makanan ini, sila teruskan manakala kepada yang tidak peduli tentang piramid makanan selama ini, cubalah amalkannya untuk badan kita menjadi lebih sihat dan cergas. Barulah kita akan bersemangat untuk menjalankan rutin harian seperti belajar, bersukan, berkebun dan bermacam aktiviti lain.

Huraian piramid makanan yang anda perlu tahu,

Karbohidrat merupakan makanan yang berada pada aras 1 piramid makanan.

Fungsinya :
  • ü  Sumber tenaga
  • ü  Membekalkan tenaga sebanyak 4kcal/gram.
  • ü  Beberapa organ utama badan iaitu otak, lensa mata dan sel saraf memerlukan glukosa dalam karbohidrat dan tidak boleh diganti dengan sumber lain.
  •     Karbohidrat juga pemberi rasa manis pada makanan.                                                                                                                             






Makanan pada aras 2 dalam piramid makanan pula vitamin dan mineral iaitu sayur dan buah-buahan .

Fungsinya :

  • Vitamin dan mineral dalam sayur dan buah membantu dalam tumbesaran dan memelihara kesihatan secara menyeluruh.
  • Jangkitan penyakit juga dapat dielakkan.

Dalam sehari, makanan dalam kumpulan ini perlu diambil sebanyak 5 sajian.









Pada aras 3 piramid makanan :
  1. Mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium.
  2. Ambil makanan dalam kumpulan ini hanya 1-2 sajian iaitu dalam kuantiti yang sederhana.

Yang teakhir pula makanan pada aras 4 :




Garam, gula, minyak dan keju adalah tergolong dalam aras 4 piramid makanan.

Makan secara berkala sahaja.

Untuk pengetahuan anda semua,

Jangan makan/minum! Atau kurangkan pengambilan  makanan dan minuman  tersebut.

  1. Mi segera
  2. Gula-gula dan coklat
  3. Konfeksi ais dan aiskrim
  4. Snek terutamanya yang disertakan mainan
  5. Makanan tamat tarikh luput
  6. Teh dan kopi
  7. Minuman beralkohol
  8. Makanan yang mengandungi perisa dan pewarna
  9. Jeruk tidak kiralah basah atau kering
  10. Makanan diproses seperti nuget, hotdog dan burger

INGAT! JANGAN AMBIL MUDAH.